Battery baru beli tadi 05/01/10, harga sebenar RM170.00, tp kedai tu bagi RM157 sebab trend in bateri lama aku. Tapi aku percaya harganya adalah sekitar RM160.00 sahaja. Rujuk petikan dari utusan dibawah:
Dari Utusan Malaysia:
PETALING JAYA 9 Ogos - Persatuan Pengilang-Pengilang Bateri Malaysia mengumumkan kenaikan harga jualan bateri automotif antara 15 dan 20 peratus berkuat kuasa hari ini.
Presidennya, Chow Siew Hon berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan berikutan harga plumbum, iaitu bahan utama dalam pembuatan bateri jenis itu yang semakin mahal.
Menurut beliau, harga plumbum di Bursa Keluli London telah meningkat sebanyak 591 peratus berbanding RM1,634.50 setiap tan metrik pada Jun 2003.
‘‘Pada Februari tahun lalu, harga plumbum berada pada paras RM4,462.50 bagi setiap tan metrik dan harganya meningkat kepada RM12,180 pada 23 Julai lalu.
‘‘Kenaikan drastik bahan mentah ini menyebabkan kos pengeluaran para pengilang turut meningkat,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kali terakhir harga bateri automotif tempatan dinaikkan adalah pada 1 Mac tahun lalu, iaitu sebanyak 15 peratus.
Siew Hon memberitahu, selain Malaysia, harga bateri automotif di negara-negara lain turut naik.
Sebagai contoh, katanya, harga bateri di China meningkat antara 25 dan 40 peratus manakala di Indonesia sebanyak 25 peratus.
Bagaimanapun, menurutnya, kenaikan tersebut tidak akan dirasai oleh para pemilik kenderaan kerana bateri automotif di pasaran dijual di bawah harga runcit yang disyorkan (RRP).
Tinjauan di sini juga mendapati harga bateri sel kering automotif sudah mula dijual dengan harga baru.
Bateri jenama Yokohama dijual dalam lingkungan harga RM200 berbanding RM160 sebelum ini manakala bateri jenama Century berharga RM185.
Bateri jenama Batar pula, harga baru ialah RM155, lebih RM20 daripada harga lama manakala bateri GP dijual dengan harga RM140 berbading harga lama RM120.

No comments:
Post a Comment