1. Beberapa hari lepas, pada 16 September 2009, satu aplikasi mudah alih yang paling terkenal seantero dunia telah menjalani pembaharuan.
2. Itulah dia Opera Mini versi yang terbaru iaitu versi 5 beta 1. Dan kali ini, ia masih di peringkat awal pembangunannya (beta untuk pengguna).
3. Walaupun begitu, ciri-ciri yang terdapat dalam Opera Mini 5 beta 1 ini amat mengkagumkan sehingga susah nak percaya yang Opera Mini 5 ni dibangunkan menggunakan Java, bukan native C++.
4. Sekali pandang, memang orang tak akan tau yang Opera Mini 5 ini bukan aplikasi untuk smartphone. Opera Mini 5 boleh dipasang (install) dalam semua telefon pintar dan juga telefon bodoh yang menyokong J2ME.
5. Kewujudan Opera Mini telah membuka lembaran baru dalam dunia internet kerana ia membolehkan sesiapa sahaja yang memasangnya dalam telefon bimbit, meneroka dunia internet seakan-akan menggunakan desktop.
6. Antara ciri-ciri baru Opera Mini 5 berbanding Opera Mini 4 ialah :
- Antaramuka (interface) yang lebih segar dan menarik. Nampak moden dan jauh kehadapan berbanding mobile browser yang lain seperti Skyfire.
- Menyokong “multiple tab” iaitu anda boleh membuka beberapa website sekaligus tanpa masalah
- “Visual speed dia”l iaitu anda boleh mengakses 9 lamanweb yang paling anda gemari, dengan cepat kerana ia dipersembahkan dengan bentuk yang menarik.
- Copy and Paste. Salin dan Tampal. Satu ciri baru yang tidak ada pada mana-mana mobile browser sebelum ini.
- Ia memiliki antaramuka (UI) yang innovatif dan berubah mengikut jenis telefon. Sekiranya anda menggunakan telefon tanpa skrin sentuh, UI-nya seperti yang anda tengok di  atas  tapi sekiranya anda menggunakan Opera Mini 5 dalam telefon berskrin sentuh, UI-nya berbeza.
- Banyak ciri-ciri baru Opera Mini 5 ini diambil dari Opera Desktop. Seperti visual speed dial, tabbed browsing, password management dsb.
- Opera Mini 5 beta 1 amat laju (sekiranya pakai wifi), dan kalau tak pakai wifi pun, ia lebih laju jika dibandingkan dengan mobile browser yang lain.
- Opera Mini 5 beta 1 menggunakan teknologi font-renderingnya sendiri untuk memaparan font pada lamanweb dengan lebih jelas.